Tuesday, 4 October 2016

keburukkan pengunaan gadjet

Keburukan Penggunaan Telefon Bimbit

  • Alat penyebaran bahan lucah
Telefon bimbit telah disalahgunakan sebagai alat penyebaran bahan lucah. Penyebaran video-video lucah mahupun gambar berunsur lucah sangat berleluasa terutamanya dalam kalangan remaja. Kemampuan telefon bimbit dalam menghantar SMS, MMS, merakam, memuat turun gambar dan video menjadikan kegiatan dan aktiviti anak-anak sekarang menjadi tidak terkawal dan membimbangkan banyak pihak. Selain itu, kita bimbang sekiranya remaja sudah pandai untuk menghantar mesej-mesej yang berunsur lucah dengan rakan-rakan di sekolah kerana bimbang ia akan menjatuhkan maruah individu yang terbabit. Mereka yang masih muda sememangnya mempunyai keinginan untuk mencuba dan melihat sesuatu yang baru. Malangnya, kebanyakan remaja zaman kini menjadi ketagih dengan aktiviti penyebaran gambar dan video berunsur lucah melalui telefon bimbit. Sekiranya keadaan ini dibiarkan akan mendatangkan impak yang teruk terutamanya kepada remaja kerana dikhuatiri situasi ini menular kepada masalah lain seperti kes rogol, berzina, menjalinkan hubungan seks bebas dan mangandung anak luar nikah.
  • Hubungan kekeluargaan yang semakin renggang
Keburukan penggunaan telefon bimbit juga dilihat menerusi hubungan kekeluargaan yang semakin renggang. Jika diperhatikan dengan jelas, kebanyakan masyarakat kita seolah-olah tidak mempedulikan perihal keluarga masing-masing. Mereka seakan-akan tidak mahu mewujudkan komunikasi yang harmoni bersama-sama keluarga. Contoh yang dapat dilihat apabila sebuah keluarga yang keluar makan bersama-sama, mereka sibuk dengan telefon bimbit masing-masing sehinggakan komunikasi antara keluarga amat terbatas. Keadaan ini tidak seharusnya terjadi kerana keluarga tergolong dalam kalangan orang terpenting dalam kehidupan kita. Perbualan yang terlampau kurang akan menjadikan hubungan kekeluargaan menjadi sangat renggang dan menjauhkan jarak hubungan masing-masing. Situasi atau masalah ini akan menular kepada anak-anak sekiranya ibu bapa tidak tahu memainkan peranan masing-masing. Anak-anak berkemungkinan besar akan menjadi sangat tersisih dan menjadikan mereka individu yang pasif dewasa kelak. Hal ini tidak seharusnya berlaku kepada masyarakat kita kerana bimbang masa depan anak-anak bakal terjejas. Penggunaan telefon bimbit tidak salah tetapi haruslah bijak menggunakannya dan tidak terlalu lalai dengan kemajuan dunia sehingga melupakan perkara terpenting dalam hidup.
  • Penyebaran fitnah atau khabar angin
Seterusnya, penggunaan telefon bimbit boleh membawa kepada masalah penyebaran fitnah atau khabar angin.  Manusia tidak lari daripada menyuarakan sesuatu tidak kira sama ada perkara tersebut dianggap benar mahupun tidak benar. Berita mengenai khabar angin yang disebarkan kadang kala boleh menjatuhkan seseorang dan ini bukanlah satu perkara yang baik malah harus dielakkan. Penggunaan SMS sememangnya telah menjadi kaedah utama dalam menyebarkan khabar angin tidak benar atau fitnah terhadap seseorang. Cara ini dilakukan apabila seseorang menghantar kiriman SMS tentang khabar angin palsu mengenai seorang individu kepada individu yang lain. Kepada pihak yang mempercayai secara terbuka tanpa usul periksa akan menyebarkan kepada pihak lain sebagai bahan cerita tanpa bukti yang sahih. Ini akan memberi kesan negatif kepada individu terlibat atau pihak-pihak tertentu.
  • Pembaziran masa
Sesetengah pihak menganggap penggunaan telefon bimbit dalam kalangan remaja membazirkan waktu. Ramai pihak yang bersetuju dengan kenyataan ini terutamanya golongan ibu bapa. Telefon bimbit yang canggih mempunyai banyak kelebihan fungsi yang boleh melalaikan para pelajar. Masa mereka akan banyak dihabiskan dengan bermain ‘games’, melayari internet terutamanya Facebook dan Twitter, memuat turun lagu-lagu kegemaran, video, dan memuat naik gambar profil, berchatting dan berSkyppe. Waktu mereka yang terluang sepatutnya diisi dengan aktiviti beriadah, belajar dan meluang masa bersama keluarga namun kesan penggunaan telefon bimbit telah menyebabkan mereka membuang masa begitu sahaja. Kesan yang mendatang dapat dilihat menerusi kemerosotan prestasi pelajaran di sekolah anak-anak, ketidakhadiran di sekolah dan sukar memeberi tumpuan di kelas.
  • Pembaziran wang
Penggunaan telefon bimbit bukan sahaja membazirkan masa tetapi turut menyebabkan pembaziran wang ringgit. Kebanyakan kita menggunakan kad pra bayar atau pasca bayar untuk membuat isian semula kredit bagi memudahkan kita membuat panggilan, kiriman SMS, MMS atau melayari internet. Malah individu yang menggunakan kad pra bayar ini tidak memperuntukkan jumlah tertentu dan hanya bergantung kepada kadar penggunaannya. Ada ketikanya kad pra bayar bernilai RM 50 boleh dihabiskan dalam masa seminggu. Semakin banyak kadar penggunaan semakin banyak kos yang dikeluarkan untuk menambah nilai kredit. Selain itu, terdapat juga kalangan individu yang gemar bertukar-tukar telefon bimbit. Mereka terlalu ghairah untuk memiliki pelbagai jenis telefon bimbit kerana kepelbagaian fungsi yang terdapat di dalamnya. Dalam pada itu, individu yang menukar telefon bimbit kerana ingin bergerak seiring dengan ‘trend’ semasa. Mereka tidak mahu dikatakan ketinggalan di belakang. Sesetengah pelajar sanggup menggunakan duit belanja untuk membeli telefon bimbit dan ada pula yang menggunakan biasiswa atau pinjaman yang diberikan. Keadaan ini akan merugikan mereka. Tambahan pula, individu yang gemar bertukar telefon bimbit mungkin ingin menunjukkan kepada rakan mereka. Walau apa pun yang kita lakukan perlulah diselaraskan dengan bajet dan kemampuan masing-masing kerana ianya boleh mendatangkan kesan negatif kepada seseorang individu.
  • Menjejaskan Pelajaran

Bagi kalangan pelajar sekolah, penggunaan telefon bimbit selalunya mendatangkan keburukan di mana pelajaran mereka boleh terjejas sekiranya masa yang diperuntukan untuk mengulangkaji pelajaran telah diganti dengan masa melayan telefon bimbit. Ibu bapa yang tidak memantau aktiviti anak-anak mungkin tidak menyedari anak mereka terlalu leka berbual dan barbalas SMS. Ianya sekaligus malalaikan mereka terutamanya apabila telefon bimbit dibawa ke sekolah. Pelajar-pelajar sukar memberi tumpuan sepenuhnya di dalam kelas kerana terlalu asyik bermain dengan telefon bimbit daripada mendengar guru mengajar. Tanpa disedari, keadaan ini telah menjadikan pelajar ketagih sehingga tidak mahu menyiapkan kerja sekolah. Kebenaran membawa telefon bimbit di sekolah menggalakkan lagi para pelajar untuk melakukan sesuatu perkara yang tidak baik misalnya meniru sewaktu peperiksaan. Dengan adanya telefon bimbit para pelajar beranggapan bahawa mereka tidak perlu bersusah payah untuk menelaah buku selama berjam-jam dan bersusah payah untuk belajar sehingga lewat malam. Hal ini kerana dengan penggunaan telefon bimbit sahaja mereka dengan mudah untuk meniru sewaktu peperiksaan berlangsung. Kebenaran untuk membawa telefon bimbit harus dipertimbangkan oleh banyak pihak kerana ianya lebih banyak mendatangkan keburukan daripada kebaikan.
  • Menjejaskan kesihatan

    Di sebalik semua perkembangan teknologi, ramai yang tidak mengambil serius terhadap kesan sampingan yang bakal dihadapi. Ramai yang menolak kebenaran berkenaan khabar angin yang mengatakan bermacam jenis teknologi mungkin mengancam ksihatan atau keselesaan hidup. Terdapat pula individu yang membuat pelbagai andaian dan bertindak melulu tanpa maklumat yang sahih. Bagaimanapun, dengan kurangnya kesedaran mengenai kesihatan diri maka kebanyakan individu menggunakan telefon bimbit secara tidak terhad. Para pengkaji telah membuat beberapa kajian yang melibatkan kesan penggunaan telefon bimbit terhadap kesihatan manusia misalnya
penggunaan telefon bimbit yang terlampau lama boleh menjejaskan kesihatan. Mata terpaksa bekerja kuat dan akan menjadi cepat letih kerana memberi fokus yang terlampau lama pada 搒creen?yang kecil. Bahu dan tengkuk juga akan terasa sakit akibat lama menunduk mengadap telefon bimbit. Jari juga boleh sakit sekiranya terlampau lama membalas SMS. Di samping itu juga, sinaran radiasi juga dikhuatiri mampu untuk mengganggu kesihatan dalam jangka masa yang panjang. Masyarakat zaman moden lebih banyak bergantung dengan pelbagai jenis teknologi kerana setiap pekerjaan menjadi mudah tanpa perlu bersusah payah. Kebergantungan terhadap teknologi seperti telefon bimbit mempunyai kebaikan dan keburukan. Selain itu, penggunaan telefon bimbit turut merisikokan nyawa seseorang daripada diserang tumor telinga akibat penggunaan telefon bimbit yang melebihi jangkaan sepuluh tahun.
Setiap daripada kita haruslah diingatkan supaya tidak terlalu obses dengan telefon bimbit kerana secara tidak langsung boleh memudaratkan diri sendiri. Mungkin ini adalah sebahagian daripada gaya hidup masyarakat kita yang mahu kelihatan tampak bergaya dan mengikut ‘trend’ namun hendaklah dilakukan secara berpada-pada supaya tidak mengabaikan keperluan lain dalam kehidupan seharian.

MANFAAT GADGET UNTUK SEMUA KALANGAN

Manfaat gadget inilah artikel yang dibahas pada kesempatan ini kita tahu bahwa penggunaan gadget bagi pelajar, mahasiswa, pendidikan dan masyarakat umum sudah banyak sekali di jaman yang serba modern ini maka saya memutuskan untuk membahas manfaat penggunaan gadget.

Pengertian gadget adalah sebagai sebuah peralatan kecil yang memiliki teknologi terbarukan. Pengertian gadget secara detail anda dapat membacanya pada artikel saya pengertian gadget secara umum. Maka sebelum melanjutkan membaca artikel manfaat gadget ini sebaiknya baca terlebih dahulu artikel diatas.

Gadget sendiri merupakan sebuah inovasi teknologi yang memungkinkan orang untuk melakukan sesuatu pekerjaan dikala mendesak tidak perlu repot untuk mencari laptop atau komputer, memang benar gadget belum sepenuhnya dapat menggantikan laptop atau komputer namun gadget memiliki manfaat tersendiri.

Manfaat dari penggunaan gadget ialah:

1. Memperlancar Komunikasi

    Paling masuk akal dari manfaat sebuah gadget ada mempermudah atau memperlancar komunikasi, memang tujuan utama dari gadget ini adalah untuk memperlancar komunikasi dengan seseorang yang tidak berada di dekatnya sehingga tidak membutuhkan waktu yang lama yang untuk menyampaikan pesan.

Manfaat Gadget Untuk Semua Kalangan
2. Mengakses Informasi

    Bukan gadget namanya jika tidak bisa memberikan suatu informasi kepada anda sebagai pemiliknya. Informasi tersebut bisa mempermudah anda untuk melakukan suatu aktivitas. Jika sebagai mahasiswa informasi tersebut bisa berupa update berita tentang program-program kampus dan perkembangannya.

3. Wawasan Bertambah
    Wawasan yang bertambah merupakan manfaat gadget dari gabungan komunikasi lancar dan mudahnya informasi yang didapat. Kita tahu bahwa dengan komunikasi dan informasi merupakan salah satu unsur yang mengusung wawasan anda dapat bertambah.

4. Hiburan
    Bukan rahasia lagi bahwa gadget juga bermanfaat untuk menghilangkan kepenatan anda melalui hiburan yang ditawarkan. Hiburan tersebut dapat berupa musik, permainan, video dan perangkat lunak multimedia yang lainnya.

5. Gaya Hidup
    Memiliki gadget terkadang bisa menjadi sebuah gaya hidup, karena terkadang seseorang memanfaatkan gadget ini hanya untuk memperkuat kepercayaan dirinya atau status sosialnya. Sisi lainnya supaya tidak ketinggalan trend terkini. Baca: Aplikasi yang menyebabkan gadget smartphone anda boro

gadjet zaman kini

“Gadjet adalah sebuah istilah dalam bahasa inggeris yang menggantikan sebuah alat elektronik kecil dengan pelbagai macam fungsi kursus”. (Osland, 2013). Pada zaman moden ini, perkembangan teknologi terus berkembang dengan pesat. Teknologi diciptakan untuk memberikan kemudahan bagi kehidupan manusia dalam melakukan aktiviti seharian dan memberikn nilai positif. Namun demikian, walaipun pada awalnya diciptakan untuk menghasilkan manfaat positif, di sisi lain juga terdapat digunaka untuk hal negatif. Seperti yang diketahui saat ini perkembangan gadjet di Malaysia pertubuhannya sangat pesat. Bahkan peminat gadjet di Malaysia semakin bertambah dan hampir semua masyarakat gemar menggunakan gadjet. 

Komunikasi Penyiaran Islam



Dalam Al Qur’an dengan sangat mudah Anda akan menemukan contoh kongkrit bagaimana Allah selalu berkomunikasi dengan hambaNya melalui wahyu. Untuk menghindari kesalahan dalam menerima pesan melalui ayat-ayat tersebut, Allah juga memberikan kebebasan kepada Rasulullah untuk meredaksi wahyu-Nya melalui matan hadits. Baik hadits itu bersifat Qouliyah (perkataan), Fi’iliyah (perbuatan), Taqrir (persetujuan) Rasul, kemudian ditambah lagi dengan lahirnya para ahli tafsir sehingga melalui tangan mereka terkumpul sekian banyak buku-buku tafsir.

Selain itu, kita mendapati Rasulullah SAW dalam berkomunikasi dengan keluarga, sahabat dan umatnya. Komunikasi beliau sudah terkumpul dalam ratusan ribu hadits yang menjadi penguat, penjelas Al Qur’an sebagai petunjuk bagi kehidupan umat manusia.

Komunikasi dalam Islam dinilai penting, karena adanya kewajiban berda’wah kepada setiap orang-orang yang beriman sehingga nilai-nilai Al Qur’an dan haditsnya harus selalu dikomunikasikan kepada orang lain, khususnya keluarga guna menghindari siksaan api neraka.

Komunikasi sangat berpengaruh terhadap kelanjutan hidup manusia, baik manusia sebagai hamba, anggota masyarakat, anggota keluarga dan manusia sebagai satu kesatuan yang universal. Seluruh kehidupan manusia tidak bisa lepas dari komunikasi. Dan komunikasi juga sangat berpengaruh terhadap kualitas berhubungan dengan sesama.

Bagaimana Etika Berkomunikasi Dalan Islam?
Dalam Islam komunikasi harus dilandasi dengan cinta dan kasih sayang. Tidak ada alasan bagi anda untuk keluar dari etika-etika yang telah digaris bawahi oleh risalah Islam.

Hal tersebut telah dicontohkan langsung oleh Allah yang Maha Penyayang dalam Al Qur’an. Karenanya kita akan mendapati bahwa setiap surah dalam Al Qur’an selalu diawali dengan Bismillahi Rahmaani Rahiim (Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang).

Komunikasi dalam Islam sangat erat kaitannya dengan misi Islam sebagai rahmatan lil'alamin. Misi itulah yang mendorong Rasulullah untuk menyampaikan da’wah dengan penuh kasih sayang.

Allah berfirman, "Dan tidaklah kami mengutus kamu, melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam." (QS. 21 Ayat 207).

Ada beberapa etika yang harus anda perhatikan dalam berkomunikasi, yaitu:

1. Panggilah Dengan Panggilan Menyenangkan

Dalam berkomunikasi, Islam sangat menekankan untuk memulai komunikasi dengan panggilan yang menyenangkan sekalipun pesan yang disampaikan dalam komunikasi merupakan teguran dan peringatan.
Allah telah mencontohkan hal tersebut ketika sedang menegur kesalahan Rasulullah. Allah tetap memanggil beliau dengan sebutan “wahai Nabi”.

Allah berfirman; “Hai Nabi, mengapa kamu mengharamkan apa yang Allah menghalalkannya bagimu; kamu mencari kesenangan hati istri-istrimu? Dan Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang.” (QS. 66 Ayat 1)

2. Tidak emosional
Berhati-hatilah memulai percakapan atau komunikasi dalam suasana yang emosional, karena suasana hati yang tidak tenang menimbulkan ketidakberaturan dalam berkata-kata. Tarik nafas anda kemudian hembuskan dengan pikiran tenang. Bayangkan kata-kata yang anda ucapkan guna menghindari kata-kata yang tidak beraturan dan emosional. Karena kata-kata yang diucapkan dalam kondisi emosi sering kali membuat hubungan menjadi kurang bagus, bahkan retak.

Paling parah adalah, Anda mengeluarkan kata-kata yang akhirnya membuat Anda harus meminta maaf pada lawan bicara anda. Tenanglah sedikit, pikirkan apa niat dan tujuan anda berkomunikasi. Jangan sampai keteledoran Anda yang tidak pandai mengatur pembicaraan membuat hubungan Anda tidak harmonis dengan orang-orang yang Anda sayangi.

Jika dalam berkomunikasi tidak mengandung unsur emosional maka komunikasi tersebut dapat disampaikan dengan kata yang teratur sehingga terhindar dari kesalahan-kasalahan dalam berkomunikasi dan dapat disampaikan dengan jelas, benar, serta teratur.

Allah berfirman, “Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu. Karena itu ma’afkanlah mereka. Mohonkanlah ampun bagi mereka. Dan bermusyawarahlah dengan mereka dalam urusan itu. Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya” (QS. Ali Imron ayat 159).

3. Membuka Dialog Dalam Berkomunikasi

Memulai komunikasi dengan memberikan pemahaman pesan dengan cara membuka dialog dan bersabar mendengarkan pesan dari sumbernya. Selanjutnya jadilah pendengar yang baik bagi lawan bicara Anda. Karena kebanyakan dari kita lebih betah berbicara dari pada mendengarkan pembicaraan. Lebih pandai berbicara dari pada pandai mendengar. Padahal kebanyakan dari kita adalah sangat suka didengar. Terlebih apa yang kita ucapkan didengar dengan antusias. Dapat di pastikan Anda akan merasa dihargai meskipun lawan Anda tidak memberikan solusi yang memuaskan terhadap permasalahan yang Anda hadapi.

Oleh karenanya, bukalah komunikasi dengan dialog yang ringan serta gunakan bahasa yang mudah dimengerti dan difahami. Hindari penggunaan kata-kata yang tidak jelas.

4. Komunikasi Dengan Berlapang Dada

Untuk berlapang dada, Anda perlu mempersiapkan hati yang penuh kesiapan untuk mendengarkan lawan bicara anda. Tujukkan wajah antusias Anda. Sekali-kali Anda boleh tersenyum sambil menatap matanya dengan lembut. Pertama memang susah, apalagi terhadap mereka yang terlalu banyak bicara. Tapi dengan usaha pelan-pelan, insya Allah Anda berhasil.

5. Menyikapinya Penuh Kedewasaan

Bukalah hati kita selebar-lebarnya dalam berkomunikasi agar Anda dapat berlapang dada, sehingga menimbulkan pembicaraan yang bersumber dari hati yang bersih dan ilmu yang benar. Selain itu akan memunculkan jiwa pemaaf dan berdo’a kepada Allah(QS.3:159).

Allah telah memberikan contoh untuk terlebih dulu memaafkan kesalahan Rasulullah sebelum menyampaikan tegurannya. Allah berfirman, “Semoga Allah mema’afkanmu. Mengapa kamu memberi izin kepada mereka untuk tidak pergi berperang, sebelum jelas bagimu orang-orang yang benar (dalam keudzurannya) dan sebelum kamu ketahui orang-orang yang berdusta?”

Membuka hati selebar-lebarnya juga sangat penting dalam berkomunikasi khususnya terhadap mereka yang pendidikannya jauh di bawah kita. Misalnya terhadap pembantu rumah tangga yang tidak sempat menamatkan sekolah dasarnya. Tentu kita harus selalu berusaha mengerti, jika mereka sering tidak nyambung dengan kita.

6. Berkomunikasi Dengan Pesan yang Efektif Dan Efisien

Memberikan pesan secara sederhana agar pesan dapat berlaku efektif dan efisien sangat penting dalam membangun komunikasi. Itulah dasar penting bagi Anda, agar sedapat mungkin menyampaikan pesan yang dapat sesuai dengan kemampuan penerima pesan. Rasulullah bersabda: “Berbicaralah kepada manusia sesuai dengan kemampuan akalnya.”

Ketika Rasulullah ingin mengetahui berapa jumlah orang kafir quraisy yang terlibat dalam perang Badar. Beliau mengetahui, bahwa seorang anak penggembala tidak mungkin tahu berapa jumlah tentara mereka. Maka Rasulullah bertanya dengan bahasa komunikasi yang efektif dan efisien, “Berapa ekor jumlah unta yang disembelih setiap hari oleh orang-orang Quraisy?. Anak penggembala menjawab, antara 9 dan 10 ekor. Beliau berkomentar dan menyimpulkan: Jumlah mereka (Tentara Kafir Quraish) antara 900 dan 1000 orang.”